KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Kenali Kami

Aqsa  Syarif Daerah Hulu Selangor merupakan cawangan kepada organisasi  Aqsa Syarif  Malaysia   
(729288P) yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Pengurusan Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor adalah di bawah seliaan Jabatan Urusetia Negeri & Daerah Aqsa Syarif (JUND).InsyaAllah pihak Aqsa Syarif Hulul Selangor  berperanan untuk memperkasakan usaha  organisasi Aqsa Syarif di dalam Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama dalam Isu Palestin  kepada masyarakat terutamanya di Daerah Hulu Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai Aqsa Syarif sila lawati : AQSA SYARIF

Pada masa ini usaha-usaha berikut sedang giat dijalankan oleh Aqsa Syarif Hulu Selangor :

1. Tajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin :
    a. Mempromosi Penajaan Anak Yatim Palestin kepada Masyarakat di Hulu Selangor.
    b. Mempromosi Penajaan Keluarga Miskin Palestin kepada Masjid & Surau di Hulu Selangor.
    Untuk maklumat lanjut sila klik : Tajaan Aqsa Syarif
3. Mempromosi Program 'RM1 Sehari untuk Palestin Ku - RM365' setahun kepada individu atau keluarga sebagai tanda solidariti kepada Saudara Palestin.
4. Mengadakan usahasama dengan institusi (masjid dll) yang berminat untuk menganjurkan program penerangan isu Palestin.
5. Menjalankan aktiviti jualan amal untuk mengumpul dana bagi membantu Saudara Palestin.

 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010