1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Broga4Palestine


Baca Lagi

Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza

Baca Lagi

Palestin Kemenangan Yang Semakin Hampir - Satu Perkongsian

 
19-Feb-2011. Alhamdulillah, selesai program perkongsian "Aqsa 2 Gaza - Palestin Kemenangan Yang Semakin Hampir" yang disampaikan oleh  Tn Hj Norazmi Talib.
 
Penyampaian yang penuh dengan 'shot" yang live telah menarik perhatian para hadirin yang hadir sekitar 65 orang di Masjid nurul Iman Serendah. Diantara hadirin adalah terdiri daripada hafiz muda - mereka sangat teruja apabila dimaklumkan bahawasanya kanak2 Palestin berupaya untuk menjadi hafiz dalam masa antar 2 bulan dan 4 bulan.  SubhanaAlla ! begitulah kelebihan yang dikurniakan kepada mereka.
 
Alhamdulillah, kutipan tabung bergerak sebanyak RM687.20 dan sumbangan daripada Masjid Nurul Iman sebanyak RM500 telah dihulurkan.

Hadirin  turut juga turut mendapatkan tabung  untuk menabung bagi membantu Saudara Palestin. Tidak kurang juga yang melahirkan minat untuk menaja keluarag miskin Palestin.

Majlis diakhiri dengan penyampaian/pemakaian "Muffler & Button badge "I Love Palestine" kepada wakil remaja dan pemuda - sebagai wakil kelab Sahabat Aqsa.
 
Jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Norazmi Talib dan Barisan AJK Masjid Nurul Iman dan Ahli Ikram Hulu Selangor atas kerjasama dan sokongan.
 
 
Baca Lagi

Palestin - Kemenangan Yang semakin Hampir

Baca Lagi

Cadangan Teks Khutbah Maulidur Rasul 1432H


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

SEMPENA Maulid Nabi SAW yang diraikan setiap tahun pada 12 rabiul Awal maka khatib ingin mengingati peristiwa penting ini dan kaitannya dengan perjuangan rakyat Palestin yang semakin mendapat liputan hari ini ekoran dari kepungan dan serangan biadap Israel ke atas Gaza.

Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir yang dinanti-nantikan oleh semua terutama dari kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara). Kelahiran Nabi yang bernama Ahmad ini disebut di dalam kitab Injil dan Taurat (termasuk kitab perjanjian Lama dan Baru iaitu kitab-kitab suci yang diselewengkan oleh rahib-rahib dan rabbi-rabbi yahudi). Malangnya apabila Nabi Muhammad SAW ini muncul di Tanah Arab yang kelahirannya dinantikan dengan tanda-tanda yang amat dikenali oleh mereka berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil, baginda didustakan. Pendustaan ini dirakamkan oleh Al-Quran seperti dalam surah as-saff.

وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٍ۬ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِى ٱسۡمُهُ ۥۤ أَحۡمَدُ‌ۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ۬
As-Saff – 6
           
'Dan berkata Isa anak Maryam, Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutus kepada kamu yang membenarkan apa yang diwahyukan kepada kamu dalam Taurat dan membawa berita gembira tentang kelahiran seorang Rasul yang bernama Ahmad. Apabila Nabi ini diutus mereka mengatakan 'Ini adalah sihir yang nyata'.

Bermula dari saat itu, orang-orang Yahudi menyimpan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap Rasulullah SAW dan apa yang dibawa oleh baginda berupa risalah Tauhid. Mereka mengharapkan Nabi akhir zaman yang dijanjikan itu lahir dari jalur keturunan Bani Israel iaitu Nabi Ishaq AS. Tetapi Allah SWT mempunyai perancangannya yang tersendiri lalu memilih Nabi akhir zaman itu dari jalur keturunan Nabi Ismail AS. Sesungguhnya penolakan Bani israel ini tidak mempunyai sebarang rasional kerana Nabi Ismail sebagaimana Nabi Ishaq adalah putera-putera dari ayah yang sama iaitu Nabi Ibrahim AS. Lagipun kedengkian dan kesumat yang ada di dalam jiwa orang-orang Yahudi tidak akan memungkinkan mereka menerima kebenaran hatta jika Nabi akhir zaman itu lahir dari jalur keturunan Banu Israel sekalipun. Telah terbukti bahawa mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi dari keturunan Bani Israel seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa as. Bahkan kedua dari Nabi ini dan beberapa Nabi yang lain seperti yang disebut di dalam Surah Yaasin dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Jika Allah SWT tidak menyelamatkan Nabi Isa AS maka baginda juga bakal menerima nasib yang sama (Walya’uzubillah) akibat peresekongkolan orang-orang Yahudi dan golongan kafir yang berkuasa di Baitul Maqdis. Pokoknya penolakan orang-orang Yahudi ke atas kerasulan Nabi Muhammad SAW bukan kerana baginda dari jalur keturunan Nabi Ismail AS tetapi kerana kebenaran yang dibawanya.

Pengajaran pertama yang boleh digarap dari peristiwa Maulid ini ialah permusuhan yang sudah tertanam di dalam sanubari orang-orang Yahudi terhadap agama Islam. ia juga memberi satu isyarat yang sangat penting bagi umat Islam supaya menjadikan sikap orang-orang Yahudi sebagai sempadan. Jangan sampai umat Islam ghairah menyambut kedatangan Maulid dan menyambutnya dengan pelbagai acara tetapi menuruti jejak orang-orang Yahudi yang memusuhi dan menolak misi perjuangan Rasulullah SAW. Kenyataannya pada hari ini berapa ramai dari kalangan mat yang membuat sambutan Maulud tetapi penentang perlaksanaan syariat Islam dalam semua lapangan kehidupan, terutama dalam aspek perundangan dan kehakiman. Berapa ramai yang berselawat sempena sambutan Maulud tetapi memperlekeh dan mempersenda cara hidup Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW baik dari sudut pakaian, penampilan, pergaulan dan akhlak. Berapa ramai yang menghargai kelahiran Nabi Muhammad SAW tetapi menentang para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah SAW. Semuga umat Islam membuat semakan dan mengaudit diri masing-masing agar kita tidak terjebak dengan fenomena orang yahudi yang kononnya menanti kelahiran Nabi akhir zaman tetapi kemudiannya menentang secara terbuka apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.



Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, maka kita dapati begitu banyak persamaan di antara apa yang dihadapi kini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Bukankah rakyat Palestin pada hari ini menerima pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman zionis Israel samada dalam bentuk sekatan perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-tembok pemisah dan terakhir sekatan ekonomi dan penutupan laluan darat, udara dan laut di Gaza. Semua bentuk kezaliman dan penindasan ini pernah ditimpakan oleh orang-orang Quraish kepada Rasulullah SAW dan seluruh Bani Hasyim, samada muslim ataupun sebaliknya. Seluruh penduduk Mekah membuat perjanjian supaya memboikot dan memulau Rasulullah SAW dan Bani Hasyim dengan tidak membuat sebarang hubungan dengan mereka, tidak berjual beli dengan mereka, tidak berkahwin dengan mereka. Selama tiga tahun lamanya Rasulullah SAW dan Bani Hasyim dipinggirkan di Shiib Abi Talib, Lembah Abi Talib. Keadaan menjadi begitu getir sehingga anak-anak menangis kelaparan pada waktu malam sehingga mereka terpaksa mengalas perut dengan kulit-kulit unta dan kulit-kulit kayu. Mereka dikhianati dan di aniaya oleh penduduk Mekah termasuk oleh Bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Lahab. Apabila kita memerkatikan peristiwa yang berlaku pada hari ini maka kita akan melihat persamaan yang amat ketara. Bukan sahaja rakyat Palestin dikepung dan dipulau oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh Amerika Syarikat bahkan mereka dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Arab. Dalam keadaan rakyat Gaza diserang bertalu-talu oleh zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol menyokong serangan ini dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Semua drama yang pahit ini sedang kita saksikan di Gaza. Anak-anak merintih kelaparan pada waktu malam sehingga ibu-ibu mengutip rumput di jalanan untuk direbus dan mengalas perut anak-anak mereka. Ini jugalah yang dialami oleh Rasulullah SAW. Dek kerana tidak tertahan mendengar rintihan anak-anak maka ada di kalangan orang-orang Quraish yang tidak sampai hati dan menyusup pada waktu malam untuk menghantar makanan. Kini rakyat Gaza merintih tetapi tidak ada di kalangan umat Islam yang menghulur bantuan, bahkan emeritkan lagi keadaan dengan mengenakan pelbagai sekatan dan halangan untuk bantuan segera di sampaikan kepada penduduk Gaza. Kita perhatikan juga bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Arab yang saling tidak tumpah seperti sikap pemimpin Quraish yang diketuai oleh Abu Lahab yang merupakan kelaurga Rasulullah SAW sendiri. Kita melihat bagaimana Hosni Mubarak, pemerintah Arab Saudi, Raja Jordan bahkan Presiden Mahmud Abbas (Pihak Berkuasa Palestin) sendiri merestui serangan ke atas Gaza, melantik kontraktor Mesir untuk membekalkan makanan kepada askar Israel dan mengenakan pelbagai syarat tidak menasabah sehingga menghalang bantuan untuk menyeberang ke Gaza.

Namun seerah menunjukkan bahawa pemulauan ke atas Rasulullah SAW adalah merupakan siri-siri awal kepada kemenangan yang bakal ditempa oleh umat Islam. Boikot ini berakhir setelah tiga tahun dan diikuti pula dengan pelbagai bentuk penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Ini termasuklah kematian Abu Talib dan isteri tercinta, Sy Khadijah RA yang merupakan tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan peristiwa menyayat hati apabila Rasulullah diusir dari Taif dan dilontar dengan batu. Dalam saat-saat yang amat menekan inilah Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat yang amat besar iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Dalam peristiwa bersejarah ini Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa sebelum meneruskan mikraj ke Sidratul Muntaha. Perjalanan ini punya makna yang sangat simbolik dalam perjuangan Palestin pada hari ini. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj ini bermulalah pertemuan dengan penduduk Yathrib yang membawa kepada perjanjian Aqbah I dan II yang disusuli dengan hijrah yang mulia dan pemasyuran Yathrib sebagai Kota Madinatul Nabi. Bermula dari saat itu kemenangan demi kemenangan ditempa sehingga cahaya Islam memancar ke seluruh ufuk timur dan barat. Kesemua ini menunjukkan kepada kita bahawa kemanangan bakal datang setelah pelbagai ujian dan mehnah dilalui oleh umat Islam di palestin.

Kini kita melihat tanda-tanda kemenangan semakin hampir. Apa yang berlaku di Mesir adalah petanda bahawa pengkhianatan yang dilakukan ke atas umat Islam tidak dapat membendung usaha untuk merebut kembali bumi Palestin dan tanah suci Baitul Maqdis. Tumbangnya diktator Husni Mubarak adalah berita gembira bagi para pejuang yang ikhlas. Israel kini telah kehilangan sekutu kuatnya yang selama ini menjadi orang suruhan untuk membendung kemaraan umat Islam. Api kebangkitan sedang marak di seluruh dunia Arab dan kita bakal menyaksikan apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu.  Perkhabaran tersebut disampaikan oleh Abu Hirairah dari Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani.

"Akan ada di kalangan umatku, mereka yang terus berjihad di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan akan ada dari kalangan umatku mereka yang berjihad di pintu-pintu al-Quds dan sekitarannya. Mereka ini tidak dapat dilemahkan oleh golongan yang membelot dan berkhianat. Mereka akan terus menjadi golongan yang menang, istiqamah sehingga akhir waktu."

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Teks ini disediakan oleh Unit Teks Khutbah IKRAM Negeri Selangor
Baca Lagi

Ceramah Iraq : Tragedi Yang Tidak Difahami

Baca Lagi

Ceramah Palestin Surau AnNur Bukit Sentosa 30Jan 201

Baca Lagi

Jadual Ceramah Penerangan Isu Palestin & Iraq Bulan Januari dan Februari 2011


Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama beberapa masjid dan surau akan mengadakan program ceramah penerangan Palestin & Iraq dan booth jualan.

1) Tarikh:        30hb Jan 2011
    Masa:           Selepas solat Maghrib (7.45pm)
    Tempat:        Surau An-Nur Bukit Sentosa
    Penceramah: Dr Hafidzi Mohd Noor
    Tajuk:           "Palestin - Kezaliman Yang Berterusan"     
 
2) Tarikh:         6hb Feb 2011
    Masa:            Selepas Solat Maghrib (7.45pm)
    Tempat:         Surau An-Nur Bukit Sentosa
    Penceramah:  Sheikh Radzi Al-Iraqi/Dato Mustafa Kamal
    Tajuk:            "Iraq - Tragedi Yang Tidak Difahami"
 
3) Tarikh:         11hb Feb 2011
    Masa:            Selepas Solat Maghrib (7.45pm)
    Tempat:         Masjid As Salam Bukit Sentosa
    Penceramah:  Sheikh Radzi Al-Iraqi/Dato Mustafa Kamal
    Tajuk:            "Iraq - Tragedi Yang Tidak Difahami"
 
4) Tarikh:        19hb Feb 2011
    Masa:           Selepas solat Maghrib (7.45pm)
    Tempat:        Masjid Serendah
    Penceramah: Hj Norazmi Talib
    Tajuk:           "Aqsa 2 Gaza - Suatu Perkongsian"

SEMUA dijemput hadir .
 
Baca Lagi

Viva Palestina Malaysia - Gaza We Will Not Forget (Flashmob)

Baca Lagi
 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010