KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Sumbangan Palestin di Mesyuarat Penubuhan IKRAM Hulu Selangor

Isnin, 3 Mei 2010

3-May-2010 SERENDAH.  Alhamdulillah, semalam telah berlansung Mensyuarat Penubuhan IKRAM daerah Hulu Selangor dan slot 15 minit telah diberikan untuk pengenalan kepada Aqsa Syarif. Hasil daripada kerjasama semua yang hadir, Aqsa Syarif Hulu Selangor telahpun dapat mengumpulkan:

1. Kutipan RM1207 tunai
2. 2 bentuk cincin emas
3. 5 tajaan anak yatim
4. 1 tajaan keluarga miskin
5. Jualan barangan Aqsa Syarif : RM449.50

Bagi program kempen pledge "RM1 Sehari untuk Palestin Ku - RM365 setahun" yang dilancarkan sejak awal tahun ini, Aqsa Syarif Hulu Selangor mensasarkan kutipan sebanyak RM20K pada akhir Dis 2010.

Manakala bagi prorgam tajaan anak yatim Palestin, daerah telahpun menerima tajaan seramai 8 orang anak-anak palestin (secara individu ata berkumpulan).

Moga-moga setiap sen dan keringat yang disumbangkan ke arah usaha ini dapat menempah sedikit ruang untuk kita di syurga Allah nanti, InsyaAllah. Adalah diharapkan agar usaha ini berterusan dalam setiap kerja-kerja kita demi membebaskan Al-Aqsa !

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010