KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Kebersamaan di Celah Kegembiraan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IKRAM Hulu Selangor 2010.

Isnin, 27 September 2010


SERENDAH, 26-Sep-2010. Alhamdulillah,  di celah keceriaan meraikan Majlis Ramah Mesra IKRAM/JIM Hulu Selangor di Kolam Renang Kelab Golf Serendah pada hari ini, Saudara kita di Palestin tidak dilupakan.  Dr. Muhammad Azhar Zailaini, YDP IKRAM HS dalam ucapan perasmiannya kepada hadirin telah mempromosikan lagi Aqsa Syarif  yang telah terlibat secara lansung di dalam Misi Laut Flotilla Lifeline4Gaza dan juga misi yang terbaharu yang sedang berlansung iaitu Misi Darat VivaPalestina 5 yang mana turut juga disertai oleh aktivis Aqsa Syarif.  

Di samping itu, Aqsa Syarif Hulu Selangor juga mengambil kesempatan menyediakan kotak kutipan derma kepada pengunjung yang  ingin menghulurkan sumbangan mereka. Alhamdulillah sejumlah RM 300 telah sempat dihulurkan oleh hadirin yang datang. Terima kasih kepada yang  telah menghulurkan derma dan juga mereka yang mendoakan kesejahteraan buat saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah s.w.t menerima infak dan doa yang dihulurkan ini  dan memberikan ganjaran yang sebaiknya untuk kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010