KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Perutusan Pengerusi AQSA SYARIF buat pejuang AQSA2GAZA

Ahad, 19 September 2010

by Aqsa Syarif on Friday, September 17, 2010 at 7:36am
بـســم الـلّـه الـرحــمـن الـرحيـم

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الـحـمـد لـلّـه والـصـلاة والـسلام على رسـول الـلّـه

Segala Puji bagi Allah S.W.T yang memuliakan tiga masjid; Masjidil Haram Mekah, Masjid Nabawi Madinah dan Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Mohammad S.A.W memakmurkan tiga Masjid itu, dan meminta kita menjaga dan mempertahankannya.

Doa untuk semua pejuang-pejuang dan pengikut-pengikut  baginda hingga hari Qiamat.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyusun agar kami pimpinan AQSA SYARIF dan Viva Palestina Malaysia memilih anda semua untuk berangkat ke sana.

Pemergian anda sekelian ke London adalah untuk mewakili kami, membawa kenderaan beserta muatannya untuk disampaikan kepada saudara-saudara kita yang  terkurung di bumi Gaza.

Ketika ramai di kalangan kami belum mampu untuk ke sana, kami kirimkan harta, wang ringgit, doa dan harapan agar anda dapat meringankan sedikit keperitan mereka di Gaza.

Anda dipesan agar tidak berperang dan membunuh Yahudi Si Penjajah itu hari ini. Anda hanya diminta untuk menembusi kepungan itu dengan tenang dan selamat.

Namun janganlah gentar. Jika ditakdirkan tubuh, nyawa dan darah anda adalah harga yang dipinta oleh laknatullah itu untuk membolehkan anda menembusi kepungan Gaza.  Jika itulah ketentuannya, jangan gentar kerana semuanya itu Allah yang mengaturnya. Apa pun yang akan terjadi, Allah akan menunggu anda di mana sahaja anda tercampak.

Saudaraku sekelian, ingatlah, London sarat dengan rahsia penjajah British. Mereka yang menjajah Tanah Melayu dan memaksa kita berkongsi dengan anak-anak Adam yang mereka bawa dari luar. Mereka  menjangkakan akan berbalahlah penghuni Tanah Melayu ini satu masa nanti.

London juga yang menyebabkan kita semua kehilangan Masjidil Aqsa dan Palestin itu sendiri.  Pemimpin di London itulah juga yang membiarkan terjadinya masyarakat pelarian Palestin di perkhemahan-perkemahan yang tidak sempurna itu.

Ya! Dari Londonlah anda sekelian akan mengibarkan panji-panji perjuangan kita. Dari London juga, anda akan jadi “pemandu mpv” membawa sedikit bantuan dan yang penting, mengibar bendera Palestin.

Penduduk  London, UK dan sebahagian Eropah, akan dikejutkan dengan simbolik, kebangkitan perjuangan Omar Al-Khattab, Solahuddin Al-Ayyubi, Mohammed Al-Fatih atau Hasan Al-Banna dari bumi mereka sendiri.

Media akan membawa masuk panji-panji kemanusiaan kita itu ke seluruh rumah di bumi ini; melalui tv dan internet, fb dan blog, serta akhbar-akhbar dan majalah.  Mereka akan mula berfikir kenapa anda bersusah payah, kenapa kena ada konvoi darat ke Gaza. Kenapa kena ada konvoi laut ke Gaza.

Kami sekelian telah mempertaruhkan dua perkara: harta kami yang tidak seberapa nilainya dan nyawa serta tubuh  anda yang sungguh mahal harganya itu.

Demi untuk menggoncangkan bumi ini, yang rahsia Palestin dan Masjidil Aqsanya tertimbus dan ditimbus. Anda adalah wira kami sekelian dan wira alam yang akan terus membuka jalan untuk kita ke Aqsa.

Kami dengan penuh doa menantikan salah satu dari dua berita gembira dari anda:
  • sorakan takbir, penduduk Gaza menikmati bantuan dan kenderaan yang akan diwakaf dan ditinggalkan untuk kemudahan mereka.
  • Atau kami  menumpang menghidu keharuman bau titisan darah Syuhada' dari tubuh mulia anda.
الـلـه اكـبـر!!!  الـلـه اكـبـر!!!  الـلـه اكـبـر!!!  ولــلّــه الـحــمــد

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia
Ahli Darussifa’ Johor

Ustaz Hasanuddin dan Syarifah Mahizah (isteri)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010