KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Ceramah Palestin Bersama Wakil Hamas Di Masjid As-Salam Bukit Sentosa

Sabtu, 22 Mei 2010

22-May-2010  BUKIT SENTOSA. Masjid As-Salam bersama-sama Aqsa Syarif Hulu Selangor dan JIM Selangor telah mengadakan majlis ceramah penerangan Isu Palestin  di  Masjid As-Salam Bukit Sentosa hari ini. Wakil Palestin daripada Hamas iaitu Syeikh Abu Ubadah yang sedang dalam siri lawatan di Malaysia telah dijemput menyampaikan ceramah dengan dibantu oleh Ustaz  sebagai penterjemah.  Sekitar  100  ahli kariah masjid hadir mendengar ceramah yang disampaikan.

Di samping ceramah tabung rayuan derma telah diedarkan bagi memberi peluang kepada tetamu menyumbang membantu Saudara di Palestin. Tabung  Rayuan pada hari ini sahaja telah bejaya mengumpulkan sekitar RM 3000 ringgit hasil daripada sumbangan hadirin yang dermawan.

Aqsa Syarif Hulu Selangor juga turut membuka gerai jualan amal yang menjual pelbagai barangan berkaitan dengan isu palestin untuk disumbangkan kepada Saudara Palestin nanti.

Di akhir majlis pihak urusetia telah mengambil kesempatan untuk mengumumkan  program yang dijalankan sebagai usaha membantu Saudara Palestin secara berterusan.  Program tersebut ialah:

1. Program Penajaan Anak Yatim Palestin
          Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di mana .. anak yatim telah menjadi anak   angkat kepada keluarag yang ada di Hulu Selangor. Kesempatan diambil pada hari ini untuk menyerahkan sijil penyertaan dan biodata anak yatim kepada peserta.




2. Program 1 Surau 1 Keluarga Angkat Palestin
         Pihak Aqsa Syarif Hulu Selangor dengan usaha sama Masjid sebagai penyelaras melancarkan dengan rasminya  program ini di mana setiap surau di Kariah Bukit Sentosa akan mengambil keluarga miskin Palestin sebagai keluarga angkat. Sijil-sijil penyertaan juga telah turut diedarkan.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Masjid As-Salam yang sudi menjalankan program bersama Aqsa Syarif dan juga tahniah atas semua yang hadir menjayakan program ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010