KLIK untuk saksikan AqsaSyarif Channel !

Kenyataan Akhbar

Isnin, 24 Mei 2010









Kenyataan Akhbar:

Pemergian Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd
Yunus dengan diiringi oleh Wartawan Astro Awani En.
Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Bin Abdul Latip untuk
menyertai Sukarelawan gabungan NGO Malaysia yang
diketuai oleh Haluan dalam misi Lifeline 4 gaza
Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus akan berangkat ke Istanbul
pada hari Ahad 23 Mei diiringi oleh dua orang wartawan Astro Awani. Mereka
dijadualkan akan berlepas dari KLIA sebelum tengah malam dan dijangka tiba
pada awal pagi 24 Mei di lapangan terbang Kamal Attaturk.

Mereka akan bergabung dengan lapan orang sukarelawan Malaysia yang sudah
berada di pelabuhan Altanya bagi menyertai misi Lifeline 4 Gaza. Lapan orang
sukarelawan tersebut yang diketuai oleh ketua misi Sdr Norazman Shamsuddin
dari Haluan turut disertai oleh anggota misi dari Muslimcare, PACE/JIM, Aqsa
Syarif dan juga Yayasan Amal.

Aqsa Syarif amat menghargai penyertaan Astro awani yang akan membuat
liputan sepanjang perlaksanaan misi ini bermula dari pelayaran keluar flotilla dari
pelabuhan Altanya, Turki sehingga tiba ke Gaza. Mereka akan terus membuat
liputan sehingga anggota misi selesai memenuhi amanah menyampaikan
barangan yang dimuatkan di atas sembilan buah kapal yang menyertai misi
tersebut. Sumber berita yang diterima dari ketua misi iaitu Sdr Norazman,
sukarelawan gabungan NGO dari Malaysia akan menaiki kapal Turki ‘Mavi
Marmara’. Pihak kami juga dimaklumkan lebih dari 7,000 sukarelawan dari
seluruh dunia sudah berada di Altanya untuk menyertai misi ini.

Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat
melaksanakan amanah yang besar ini untuk menerobos tembok kematian yang
telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk Gaza.
Semuga usaha gabungan dari seluruh dunia yang prihatin ini akan membuktikan
bahawa regim Zionis Israel tidaklah sekebal yang diperlihatkan dan mereka akan
tunduk juga kepada tekanan dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan
kezaliman dan kebiadapan ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza.

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad

23 Mei 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Aqsa Syarif Hulu Selangor | by TNB ©2010