
Petugas juga mengambil kesempatan memberikan penerangan program Aqsa Syarif seperti Program Tajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin Palestin kepada pengunjung
Tidak ketinggalan gerai Aqsa Syarif juga menayangkan video korporat Aqsa Syarif sebagai maklumat kepada pengunjung peranan yag dimainkan oleh Aqsa Syarif dalam memperjuangkan Isu Palestin. Selain daripada itu petugas Aqsa Syarif juga telah bergerak di sekitar kawasan Karnival bagi menjalankan kutipan derma untuk Palestin
Dalam pada itu jam 8 pagi sehingga 10 pagi di ruang legar Dewan Masjid dan Bilik Kuliyah turut berlansung Peraduan Mewarna di bawah kendalian Ustazah Fatimah dan Adik Halizah Kamal Azhari . Penyertaan amat memberansangkan di mana sekitar 200 anak-anak sekolah rendah telah mengambil bahagian. Objektif utama diadakan peraduan mewarna ini ialah :
1. Memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang penderitaan kawan-kawan mereka di Palestin dan bersyukur kepada Allah diatas nikmat yang sedia ada.
2. Mengenal Bendera Palestin
3. Bersama memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-Cola dan Maggi.
Objektif peraduan mewarna ini telah disampaikan oleh Adik Halizah Kamal Azhari yang melayani adik-adik semasa peraduan mewarna dijalankan.

1. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor -
Pengarah PACE (Palestine Center of Excellence) dan
Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif.
Coordinator- Gaza Project Committee Viva Palestina Malaysia
3. Ust Hj. Kamal Azahari -
Moderator.
Talk Show bertajuk 'Palestine, We Will Not Go Down' merungkai isu perjuangan palestin dan kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Israel. Di akhir program sekitar RM 2000 telah disumbangkan oleh hadirin yang nyata amat prihatin dengan Isu Palestin dan Alhamdulillah 6 individu telah menyatakan hasrat untuk menaja anak-anak yatim Palestin yang dikendalikan oleh Aqsa Syarif. Wartawan Sinar Harian juga turut singgah di gerai Aqsa Syarif untuk menemuramah petugas mengenai isu Palestin ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Cahaya Iman Bandar Country Home Rawang kerana telah memberi kesempatan kepada Aqsa Syarif Hulu Selangor dan JIM Hulu selangor untuk bersama-sama menjayakan Karnival ini melalui pelbagai aktiviti untuk membangkitkan kesedaran penduduk setempat akan peri pentingnya turut serta dalam perjuangan membebaskan Bumi Palestin daripada cengkaman Zionis Israel. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada mereka yang mengambil bahagian dan kepada mereka yang menghulurkan derma. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha yang kerdil ini dan memberi ganjaran yang sebaik-baiknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan