AQSA: Home »Unlabelled » Penyerahan Cek Sumbangan Oleh Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Penyerahan Cek Sumbangan Oleh Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Rabu, 21 Julai 2010
BUKIT SENTOSA, 18-Jul-2010 . Alhamdulillah, Ahli Kariah Masjid As-Salam Bukit Sentosa terus prihatin dalam memberi sokongan perjuangan membebaskan Al-Aqsa ! . Program Keindahan Bersama Mu anjuran masjid Bukit Sentosa bersama JIM Hulu Selangor dan Petugas KBM Kuala Lumpur telah ditutup dengan penyampaian barangan cenderamata Aqsa Syarif kepada AJK Pelaksana dan juga penyerahan cek hasil daripada Sumbangan Ahli Kariah Solat Jumaat Masjid As-Salam kepada AQSA Syarif. Cek berjumlah RM 1038 ringgit disampaikan kepada Wakil Aqsa Syarif Hulu Selangor oleh Bendahari Masjid As-Salam Bukit Sentosa Tuan Haji Syed Azman Syed Yusoh . Semoga Allah s.w.t mengganjari infak yang dihulurkan dengan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada para dermawan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan