FELDA SG TENGI, 1-OGOS-2010. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala yang telah memberikan keizinan dan kesihatan kepada semua dalam manjayakan karnival diatas. Ia adalah anjuran kerjasama beberapa NGO termasuklah JIM Selangor.
Aqsa Syarif daerah telah mengambil peluang untuk membuka booth dengan 4 objektif utama:
1. Penerangan maklumat berkenaan dengan Aqsa Syarif dan Palestin kepada masyarakat
2. Pameran dan jualan amal barangan Aqsa Syarif
3. Tajaan KELUARGA MISKIN PALESTIN - HANYA RM50 SEBULAN
4. BOIKOT 4 PRODUCT BERJENAMA - Nestle / McD / Coca-Cola / Loreal
Alhamdulillah sambutan dari masyarakat Felda amat menggalakkan terutamanya dari kalangan anak-anak Felda yang banyak bertanya tentang Palestin setelah melihat videoklip yang ditayangkan. Sejurus selepas tayangan video, sedikit penerangan berkenaan dengan Boikot 4 barangan utama dijelaskan (Coco-Cola, Nestle, McD dan Loreal). Ramai yang berjanji tidak akan makan McD dan Maggi lagi.
Seorang daripada warga Felda (Ust Nordin Sabran) juga turut berkesempatan untuk menaja satu lot keluarga miskin palestin. Borang tajaan ini telah disampaikan kepada YDP JIM Negeri Selangor; saudara Mohd Kamal Mohd Radhi.
Turut melawat booth Aqsa Syarif ialah Ahli Palrlimen Hulu Selangor (P.Kalamanathan) yang juga sempat menyumbang ke dalam tabung Palestin.
“The Power of 10 cents” itulah slogan yang digunapakai Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor didalam karnival JOM Dakwah ini. Pihak Aqsa Syarif menyeru warga Felda untuk menyumbang walaupun sepuloh sen (10 sen) untuk saudara di Palestin. Alhamdulillah seruan ini disambut baik oleh semua anak-anak Felda termasuklah peserta-peserta karnival. Jumlah sumbangan ialah sebanyak RM713 dan hasil jualan barangan Aqsa Syarif ialah sebanyak RM475.
AQSA: Home »Unlabelled » Aqsa Syarif Hulu Selangor di Karnival JOM Dakwah Felda Sg Tengi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan